Friday, August 05, 2011

Harap maklum

Menemui sahabatku sekalian yang memahami teks ini yang tidak jauh dari peringatan,

Mengikuti pengumuman JAKIM bahawa mentega Golden Churn telahpun diharamkan antara saudara-saudari muslimin-muslimat kerana dikatakan mengandungi DNA babi, dengan hati yang berat sekali, terpaksalah juga aku mendedahkan bahawa pada malam ini, hasil akibat menikmati sepinggan kueh chap yang enak sekali, DNA babi semestinya telah menular rangkai tubuh ini dan oleh itu, mungkin tidak baiklah, jika kalian menyentuh, bersalam atau memeluk diriku ini. Biarlah tubuhni luput dari perhubungan dan pupus dari peringatan!

(Maaf jika terlalu dramatis; memang susah untuk aku mengerti apalagi menerima bahawa Zaman Keemasan kek lapis Sarawak mungkin telahpun lalu dengan kemangkatan Golden Churn di kalangan rakyat Melayu. Walau bagaimanapun, aku dengan sesungguhnya percaya bahawa kemahiran menghasilkan kek lapis akan terus melangkah depan, samada Golden Churn ada ataupun tidak.)

Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Sekian dimaklumkan.

No comments: